SAKSI
Melakukan pengorbanan bagi membantu orang lain demi
kebaikan
Firman Allah yang bermaksud : ‘‘wahai orang beriman
hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan , lagi menjadi
saksi(yang menerangkan kebenaran)kerana Allah SWT sekalipun terhadap diri kamu
sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu, kalaulah orang (orang yang
didakwa)itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi
saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa)kerana Allah
SWT lebih bertimbang rasa kepada keduanya.Oleh itu janganlah kamu turutkan hawa
nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan dan jika kamu memutarbelitkan
keterangan ataupun (daripada menjadi saksi)maka sesungguhnya Allah SWT
sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan’’(surah
al-nissa ayat 135)
Menjadi saksi akan dipermudahkan Allah segala urusan
Hadis Rasulullah
daripada Abu Hurairah ‘‘sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan
seorang mukmin dari kesusahan dunia, Allah
SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari akhirat
dan sesiapa melapangkan seseorang yang berada dalam kesempitan , melapangkan
untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukkan saudaranya
maka ALLAH SWT akan menutup keburukkannya di dunia dan akhirat dan Allah SWT
pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya ’’(hadis
riwayat muslim)
Firman Allah SWT ‘‘hai orang beriman hendaklah kamu
jadi orang yang selalu menegakkakn(kebenaran) kerana Allah SWT menjadi saksi
dengan adil .Dan janganlah sekali-kali kebencian mu terhadap sesuatu kaum ,
mendorong kamu untuk berlaku tidak adil .berlaku adilah kerana adil itu lebih
dekat kepada takwa ,dan bertakwalah kepada Allah SWT sesungguhnya Allah SWT
maha mengetahui apa yang kamu kerjakan’’(surah al-ma’idah)
Firma Allah SWT ‘‘sesungguhnya orang yang suka
menghebahkan tuduhan buruk dalam kalangan orang beriman , mereka akan beroleh
azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan diakhirat, ingatlah Allah lebih
mengetahui (segala perkara )sedangkan kamu tidak mengetahuinya ’’(surah
an-nur ayat 19)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan