Isnin, 18 Januari 2016

surah Al baqarah 261

firman Allah 
perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah sebagai sebuah benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai. pada setiap tangkai itu ada seratus buah Dan Allah melipatgandakan ganjaran untuk siapa yang disukai Nya lagi maha mengetahui..

surah al -talaq ayat 2-3

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah  (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri sebulat-bulatnya kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu"
 
surah Al-talaq ayat 2-3

Jumaat, 8 Januari 2016

surah at-taubah , ayat 82

Allah SWT menyukai orang yang banyak menangis daripada banyak ketawa seperti dalam firmannya  ;  Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak’’(surah at-taubah , ayat 82)  

Selasa, 10 November 2015

surah al-A'araf ayat 96

Allah Berfirman "Dan (Tuhan berfirman lagi) sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu prngurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (rasul kami) lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahajan (surah al-A'araf ayat 96)

Jumaat, 6 November 2015

surah al-Talaq ayat 3

Firman Allah yang bermaksud " sesiapa yang mrnyerahkan diri (tawakal) kepada Allah maka Allah akan mencukupkannya (memeliharanya)" (surah al-Talaq ayat 3)

surah Al-Baqarah ayat155

firman Allah SWT yang bermaksud "Dan sesungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (surah Al-Baqarah ayat155)

Hadis riwayat Imam Tarmizi

sabda Rasulullah SAW bermaksud "barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa ramadhan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya" (Hadis riwayat Imam Tarmizi)