Selasa, 10 November 2015

surah al-A'araf ayat 96

Allah Berfirman "Dan (Tuhan berfirman lagi) sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu prngurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (rasul kami) lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahajan (surah al-A'araf ayat 96)

Jumaat, 6 November 2015

surah al-Talaq ayat 3

Firman Allah yang bermaksud " sesiapa yang mrnyerahkan diri (tawakal) kepada Allah maka Allah akan mencukupkannya (memeliharanya)" (surah al-Talaq ayat 3)

surah Al-Baqarah ayat155

firman Allah SWT yang bermaksud "Dan sesungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (surah Al-Baqarah ayat155)

Hadis riwayat Imam Tarmizi

sabda Rasulullah SAW bermaksud "barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa ramadhan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya" (Hadis riwayat Imam Tarmizi)

Riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah SAW bersabda "setiap anggota badan manusia bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, setiap langkah berjalan berjalan untuk solat adalah sedekah dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah SAW bersabda "Bukanlah kaya itu kerana banyaknya harta sebaliknya kekayaan yang sebenarnya itu ialah kaya hati (Riwayat Bukhari dan Muslim)

surah al-Baqarah ayat 3

Allah berfirman yang bermaksud "(orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan solat, dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka" (surah al-Baqarah ayat 3)

surah An- Nahl, ayat 18

Firman Allah SWT. "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha mengasihani" (surah An- Nahl, ayat 18)

Isnin, 2 November 2015

surah ar- Rum ayat 21

firman Allah yang bermaksud
"Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup supaya kamu mendapatkan ketenangan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan kamu berdua mawaddah dan rahmah"
(surah ar- Rum ayat 21)

Jumaat, 16 Januari 2015

Perhitungan di padang masyar

Perhitungan di padang masyhar 

 

Hisab 

Pada tahap (fasa) ini, Allah SWT menunjukkan amal-amal yang mereka perbuat dan ucapan yang mereka lontarkan, serta segala yang terjadi dalam kehidupan dunia baik berupa keimanan, amal soleh  atau kekafiran. Setiap manusia berlutut di atas lutut mereka.  

Firman Allah SWT maksudnya :  


 “Dan kamu lihat tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya . Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Muhammad SAW, kita umat yang terakhir tapi yang pertama dihisab. Yang pertama kali dihisab dari hak-hak Allah pada seorang hamba adalah solatnya, sedang yang pertama kali di adili diantara manusia adalah urusan darah. 


 Allah SWT mengatakan kepada orang kafir : 


 “Dan kamu tidak melakukan suatu pekerjaan melainkan Kami menjadi saksi atasmu diwaktu kamu melakukannya” Seluruh anggota badan juga akan menjadi saksi.  

Allah bertanya kepada hamba-Nya tentang apa yang telah ia kerjakan di dunia : 


 “Maka demi Rabbmu, kami pasti akan menanyai mereka semua tentang apa yang akan mereke kerjakan dahulu”.   

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:  


“Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”   

saksi

SAKSI 

Melakukan pengorbanan bagi membantu orang lain demi kebaikan 

Firman Allah yang bermaksud : ‘‘wahai orang beriman hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan , lagi menjadi saksi(yang menerangkan kebenaran)kerana Allah SWT sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu, kalaulah orang (orang yang didakwa)itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa)kerana Allah SWT lebih bertimbang rasa kepada keduanya.Oleh itu janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan dan jika kamu memutarbelitkan keterangan ataupun (daripada menjadi saksi)maka sesungguhnya Allah SWT sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan’’(surah al-nissa ayat 135) 

Menjadi saksi akan dipermudahkan Allah segala urusan 

Hadis Rasulullah  daripada Abu Hurairah ‘‘sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, Allah  SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari akhirat dan sesiapa melapangkan seseorang yang berada dalam kesempitan , melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukkan saudaranya maka ALLAH SWT akan menutup keburukkannya di dunia dan akhirat dan Allah SWT pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya ’’(hadis riwayat muslim)  

Firman Allah SWT ‘‘hai orang beriman hendaklah kamu jadi orang yang selalu menegakkakn(kebenaran) kerana Allah SWT menjadi saksi dengan adil .Dan janganlah sekali-kali kebencian mu terhadap sesuatu kaum , mendorong kamu untuk berlaku tidak adil .berlaku adilah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa ,dan bertakwalah kepada Allah SWT sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui apa yang kamu kerjakan’’(surah al-ma’idah)  


Firma Allah SWT ‘‘sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk dalam kalangan orang beriman , mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan diakhirat, ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara )sedangkan kamu tidak mengetahuinya ’’(surah an-nur ayat 19)  

Mencari ilmu

MENCARI ILMU   

Islam mengalakkan umatnya mencari ilmu pengetahuan bagi memandu ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat, semua cita-cita sia-sia tanpa ilmu

Saidina Ali menyatakan: ‘‘Sesiapa mengimpikan kehidupan di dunia , maka dia perlu berilmu . sesiapa yang mengimpikan kehidupan akhirat , maka dia perlu berilmu. Jika kita mengimpikan kedua-duanya maka kedua-duanya perlukan ilmu pengetahuan’’

Rasulullah bersabda bermaksud: ‘‘jadilah orang berilmu ,mempelajari ilmu ,mendengar didalam majlis ilmu atau orang yang cintakan ilmu. Janganlah kamu menjadi orang yang kelima (tidak termasuk golongan di atas)kerana ia akan membinasakan kamu ,’’(hadis riwayat tabrani)  

Berdamping dengan orang berilmu adalah satu faktor untuk menambah ilmu pengetahuan kerana merekalah yang akan membimbing serta peringatan di saat kita terlupa seperti kata-kata pujangga ‘‘sebaik-baik sahabat ialah mereka yang mengingati kita di kala kita dalam kealpaan dan seburuk-buruk sahabat ialah mereka yang mendiamkan ketika kita kita memerlukan’’

Firman  Allah yang bermaksud: ‘‘Allah akan meninggikan martabat orang yang beriman dan berilmu di antara kamu dengan beberapa darjat’’(surah al-mujadalah, ayat 11)   

Firman Allah yang bermaksud: ‘‘katakanlah (wahai muhammad)adakah kamu sama orang berilmu dengan orang jahil? Hanya mereka berakal sahaja dapat menerima pelajaran’’(surah az-zumar ayat 9)

Kata kata imam Syafie: ‘‘wahai saudaraku kamu tidak akan mendapat ilmu kecuali kamu memiliki enam perkara iaitu kepintaran , keinginan, kesungguhan ,kerendahan diri, menghormati guru dan  memerlukan masa yang panjang’’

Ilmu yang dipelajari mestilah disusuli dengan amalan serta perlaksanaan baik kerana kata tanpa amalan akan mengundang kebencian Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud: ‘‘wahai orang yang beriman kenapa kamu berkata sesuatu yang kamu tidak lakukan , sangat dibenci Allah jika kamu tidak amalkan apa yang kamu perkatakan , ’’(surah as-saff ayat  2-3)  


ILMU PENYULUH HATI BIAR BUTA MATA JANGAN BUTA HATI 

percaya memesongkan akidah

PERCAYA SIAL MEMESONGKAN AKIDAH    

Mempercayai unsur lain yang medatangkan sesuatu musibah atau keuntungan boleh terpesong akidah 

Rasulullah SAW berpesan ‘‘tidak ada sial dan majal dalam islam’’(riwayat bukhari) 
Yahya bin mu adz suatu ketika ditanya ‘‘bilakah seseorang itu dapat disebut sebagai seorang yang bertawakal Yahya mengatakan : jika dia redha terhadap Allah sebagai pelindung-Nya, tawakal mencerminkan sikap seorang mukmin yang menyerahkan sepenuhnya kepada Allah selepas dia berusaha dan berikhtiar

Firman Allah ‘‘jika Allah menolong kamu tidak ada orang yang dapatmengalahkan kamu dan jika Tuhan membiarkan kamu, siapakah yang dapat menolong kamu selain Allah , hendaklah orang yang beriman itu bertawakal (mempercayakan diri).’’(surah ali-imran)


PERCAYA HANYA ALLAH MAHA BERKUASA KE ATAS KITA MANUSIA 

Selasa, 13 Januari 2015

amalan zikir

AMALAN ZIKIR 
    
Abu hurairah melaporkan ‘‘pada suatu hari beberapa sahabat Nabi Muhammad yang miskin dan berasal dari mekah berkata kepada utusan Allah itu Wahai Rasulullah,orang kaya berpeluang mati dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi dan mendapat nikmat yang kekal di syurga .’’ 

Nabi muhammad bertanya : ‘‘ Mengapa saudara berkata begitu ? mereka menjawab; mereka sembahyang mereka berpuasa macam kami,mereka juga dapat bersedekah ,sedangkan kami tidak mampu bersedekah, mereka juga dapat membebaskan hamba-hamba sedangkan kami tidak.

Nabi Muhammad menjawab: ‘‘Mahukah saudara  semua jika saya terangkan satu amalan yang membolehkan saudara dapat mendahului orang selepas saudara? Tiada ada sesiapa dapat mengalahkan kedudukan saudara itu kecuali mereka yang mengamalkan apa yang saudara amalkan. Sahabat menjawab : mahu wahai Rasullullah .kata Nabi Muhammad : Bacalah Subhanallah 30 kali Alhamdulillah 30 kali dan Allahuakbar 30 kali apabila selesai sembahyang.


Tidak lama selepas itu mereka datang semula berjumpa Rasulullah dan berkata, ‘‘orang kaya itu sudah mengetahui apa yang kita amalkan , jadi mereka melakukan apa yang kami lakukan . 

Nabi muhammad menjawab: ‘‘Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa saja yang dipilih-Nya , ’’(riwayat bukhari dan muslim) 

ukhwah



Islam sangat menekankan keutamaan untuk menjalinkan serta membina persahabatan sesama manusia,  

menjalin ukhwah adalah ciri-ciri orang yang benar-benar beriman kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW: ‘‘demi diriku yang berada di tangan –Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga  kamu beriman dan kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamuberkasih sayang ,’’(riwayat ibnu majah)

Rasulullah bersabda : ‘‘mahukah aku katakan kepadamu siapakah diantara kamu sangat aku cintai dan akan mnjadi orang paling hampir dengan ku pada hari kiamat kelak ? baginda SAW bersabda mereka ialah orang yang diantara kamu memiliki akhlak yang terbaik  ‘’(riwayat ahmad)

Bersahabat dapat menjadi pembimbing rakan serta menjadi penasihat

Rasulullah SAW bersabda: ‘‘Orang beriman yang bergaul atau bersama dengan orang lain dan meresa tenang bersamanya serta merasa aman daripada lidahnya dan tangannya’’(riwayat bukhari)

Firman  Allah SWT, ‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah(agama islam)dan janganlah kamu bercerai-cerai.’’(surah ali-imran ayat 103)


PELIHARALAH PERSAHABATAN ITU DENGAN KEIKHLASAN 

membina kekuatan ummah

MEMBINA KEKUATAN UMMAH 

Saling hormat-menghormati sesama masyarakat asas kekuatan ummah 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: ‘‘ janganlah kamu saling benci-membenci , dengki-medengki dan sindir-menyindir , jadilah kamu sebagai hamba Allah yang brsaudara :’’(hadis riwayat muslim)  
Elak dari memburukkan-burukkan antara satu sama lain membuka aib seseorang demi menjatuhkan maruah mereka.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: ‘‘ orang mukmin itu cermin bagi sudaranya , apabila ia melihat sesuatu aib padanya , lantas diperbaikinya,(Hadis riwayat bukhari)   
Saling tolong menolong dalam segala urusan bukan sahaja mengeratkan hubungan juga melancarkan kerja-kerja yang dilakukan

Firman Allah yang bermaksud: ‘‘Tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa dan janganlah tolong –menolong dalam dosa dan permusuhan,’’(surah al-maidah) 

Firman Allah yang bermaksud : ‘‘Taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan jangalah kamu berpecah  belah , nanti kamu menjadi lemah dan hilang keperkasaan , ‘‘(Surah an- anfal ayat 46)

Bersatu dalam satu ummah keislaman perjuangan demi menegakkan islam perjuangan islam

Firman Allah yang bermaksud: ‘‘sesungguhnya Allah mencintai orang yang berjuang pada jalan-Nya dengan berbaris rapi seolah-olah mereka suatu bangunan yang tersusun kukuh, ‘‘(surah ash-shaff)   

Firman Allah yang bemaksud: ‘‘orang kafir ingin supaya kamu tengah terhadap senjatamu dan harta benda mu lalu mereka menyerbu kamu dengan dengan sekali gus’’(surah an-nisa ayat 102)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: ‘‘tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana mengasihi dirinya sendiri ’’(hadis riwayat al-bukhari)
Firman Allah bermaksud: ‘‘sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara’’(surah al-hujurat ,ayat 10)

Firman Allah bermaksud: ‘‘Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan mukmin dan yang menyatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan (kekayaan) yang ada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka .sesungguhnya dia maha perkasa lagi maha bijaksana’’(surah al-anfal 62-63)   


KEKUATAN KITA LEBIH KUKUH BILA BERSATU 

anak anugerah Allah

ANAK ANUGERAH ALLAH  
    
Sudah menjadi impian setiap keluarga meninginkan anak menyerikan bagi institusi rumah tangga . Itu sudah menjadi satu keinginan semulajadi yang Allah ciptakan dalam sudut hati setiap manusia
  
Firman Allah yang bermaksud: ‘‘dihiaskan (dan dijadikan indah)kepada manusia kesukaan kepada benda yang diinginkan oleh nafsu ialah perempuan dan anak pinak dan harta benda yang banyak berpikul-pikul daripada emas dan perak , kuda peliharaan yang bertanda dan terlatih dan ternakan serta kebun,semuanya ialah kesenangan hidup di dunia ’’(surah ali imran)  

Firman-Nya yang bermaksud: ‘‘sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya(dan berkelengkapan sesuai degan keadaannya), ’’(surah al-tin ayat 4)
Anak merupakan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa, anak juga merupakan ujian Allah kepada ibu bapa.

Firman Allah yang bermaksud: ‘‘ dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah  jugalah pahala yang besar.’’(surah al-anfal ayat 28)
Ibu bapa umpama berus yang mencorak hidup anak –anak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘‘setiap dripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang dibawah pimpinan kamu: seorang pemerintah adalah pemimpin dan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya seorang lelaki adalah pemimpinkepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya : seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya: ‘‘(hadis riwayat bukhari)   


PEMBERIAN TERINDAH DARIMU  YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG 

perlakuan baik cermin islam

PERLAKUAN BAIK CERMIN ISLAM 

Ali bin Rabi ’ah berkata  saya nampak Ali bin Abu Talib ketika beliau diberi haiwan kenaikan untuk dinaiki dan sejurus meletakkan kakinya di atas kenderaan itu beliau membaca bismillah(dengan nama Allah) dan ketika  sudah duduk diatas haiwan itu beliau membaca , ‘‘segala puji bagi Allah yang menjadikan haiwan ini kenderaan dan kami tidak dapat menaikinya melainkan dengan prtolongan Allah. Sesungguhnya kami kembali kepada Allah, kemudian beliau berkata lagi yang maksudnya ‘‘semua pujian bagi Allah’’ sebanyak 3 kali kemudian beliau berkata ‘‘Allah Akbar’’ yang maksudnya Allah maha besar sebanyak 3 kali 

Kemudian beliau berkata ‘‘maha suci Allah sesungguhnya aku menganiayai diriku sendiri ampunilah aku ,sesungguhnya  hanya engkau yang dapat memberi keampunan
Selepas mengucap semua itu, ali ketawa beliau ditanya , ‘‘Wahai pemimpin umat islam mengapa tuan ketawa beliau menjawab saya melihat Nabi Muhammad melakukan apa yang saya lakukan tadi lalu beliau dan saya ketawa . saya bertanya; Wahai persuruh Allah mengapa tuan ketawa ?
Lalu Nabi Muhammad menjawab ‘‘sesungguhnya Tuhanmu yang maha suci suka apabila  hamba-NYA yang mengucapkan ‘‘ampunilah dosa–dosa ku. Tuhan menyambut : orang ini mengetahui memang tidak ada yang berkuasa mengampuni dosanya melainkan Aku’’(Abu daud dan Tarmizi )

Abdullah bin sarjis berkata ‘‘apabila Nabi Muhammad melakukan  perjalanan , baginda memohon perlindungan Allah daripada kesusahan perjalanan daripada kesedihan keadaan  ketika pulang dan daripada adanya kekurangan selepas ada kelebihan dan daripada doa pihak yang dianiaya dan daripada keadaan buruk yang menimpa keluarga dan harta .’’(Hadis Muslim)


PAHALA ITU MUDAH UNTUK KITA DAPAT TAPI KENAPA DOSA JUGA YANG KITA BUAT  

Individu lalai mudah di hasut

INDIVIDU LALAI MUDAH DI HASUT 


Hidup ini ibarat syurga bagi orang kafir dan neraka bagi mukmin
Rasulullah SAW bersabda : ‘‘ketahuilah sesungguhnya Tuhan memerintahkan supaya aku mengajar kamu akan apa yang tidak kamu mengetahuinya  daripada pekara diajarnnya kepadaku hari ini iaitu 


(Allah berfirman : segala harta benda yang aku berikan seseorang mendapatnya dengan mana-mana jalan yang aku benarkan adalah halal dan sesungguhnya Aku jadikan hamba-KU semuaya bersih (daripada fahaman dan amalan syirik )serta betul benar menurut keadaan semula jadi nya ; Dan sesungguhnya mereka di datangi dan diperdaya oleh syaitan sehingga sebahagian besar antara mereka menyeleweng dan terpesong daripada ajaran agamanya yang sebenar .’’(Iyadh bin Himar Al-mujasyi’I)


KERANA SAYANG AKAN DUNIA SEHINGGA KITA LUPA AKAN AKHIRAT SANA  

Isnin, 12 Januari 2015

wasiat

WASIAT BERGUNA 


Abu darda ditanya , ‘‘ ajarkan kepadaku beberapa kalimat yang berguna bagiku .Abu darda berkata : saya berwasiat kepadamu beberapa kalimat  siapa yang mengamalkan maka ia akan mendapat darjat yang tinggi sebagai pahalanya : ‘‘ jangan makan kecuali yang halal . Dan mintalah kepada Allah rezeki setiap hari. Dan anggaplah dirimu dari golongan orang mati. Dan serahkan dirimu kepada Allah , maka siapa yang maki atau menggangu kepadamu, maka katakan. ‘‘kehormatanku sudah aku serahkan kepada Allah. Dan jika engkau berbuat kesalahan atau dosa maka segeralah minta ampun kepada Allah. 

Ketika Rasulullah SAW patah gigi ketika perang Uhud maka sahabat berkata kepadanya . ‘‘maka sahabat berkata kepadanya , ‘‘Ya Rasulullah, andaikan engkau berdoa kepada Allah terhadap orang berbuat kepada mu sedemikian  itu . Jawab nabi . ‘‘sesungguhnya aku tidak diutus untuk  mengutuk, tetapi aku diutus untuk berdakwah dan rahmat ,Ya Allah berilah hidayah kepada kaum ku kerana mereka benar-benar belum mengetahui

Rasulullah bersabda, ‘‘siapa yang menahan lidahnya dari kehormatan kaum muslimin, maka Allah memaafkan kesalahannya pada hari kiamat dan siapa yang menahan marahnya , maka Allah akan menghindarkan dari murka-NYA pada hari kiamat –sumber abulaits assamarqandi tanbihul ghafilin   


WASIAT ILMU SESUATU PENIGGALAN CUKUP BERHARGA UNTUK DI JAGA

surah Al baqarah ayat 255 dan surah Al hasyr ayat 24

CIPTAAN-NYA  BAIK-BAIK BELAKA  


Merasa rendah diri dengan kekurangan diri terasa diri seakan terasing 
 
Firman Allah  SWT: ‘‘ Allah yang mengetahui apa yang ada di hadapan  mereka dan apa yang ad di belakang mereka .sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan)ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki(memberitahu kepadanya).’’(surah al- baqarah, ayat 255)  

Kehidupan manusia telah diurus kan dan ditentukan oleh Allah Maha Mengetahui apa yang terbaikdan tiada hak ke atas makhluknya untuk mengubah kehidupan tanpa izin-NYA
Setiap kekurangan pasti ada hikmah dan kelebihannya tersendiri. Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluknya-NYA dengan sebaik-baik kejadian

Firman Allah SWT: ‘‘Dialah Allah , yang menciptakan sekalian makhluk ; yang mengadakan (dari tiada kepada ) yang membentuk rupa( makhluknya menurut yang dikehendaki-NYA) ; bagi-nyalah nama-nama yang sebaik-baik dan semulia-mulianya ; bertasbih kepada-NYA segala yang  ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingan - NYA , lagi maha bijaksana .’’(surah al-hasyr ayat 24)

  
 ANUGERAH KEHIDUPAN INI ADALAH SESUATU YANG TIDAK TERNILAI NIKMATNYA

Menjaga hati

HATI BERSIH


kemiskinan tidak menghalang kita memiliki hati sentiasa tenang dan damai iaitu anugerah tidak dapat dibeli dengan kekayaan.

Rasulullah SAW bersabda : ‘‘bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda , tetapi kekayaan yang sebenar ialah kaya hati.’’(Riwayat Abu Hurairah)

Firman Allah  SWT: ‘‘harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan,’’  



ISILAH RUANG-RUANG KOSONG DIHATI DENGAN KECINTAAN TERHADAP ILAHI 

Menangislah

 

Menangis dapat meredakan kesedihan kegelisahan dan kerisauan di hati  

Allah SWT menyukai orang yang banyak menangis daripada banyak ketawa seperti dalam firmannya  ;  Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak’’(surah at-taubah , ayat82)  

‘‘Dua mata yang tidak akan terkena api neraka iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah’’ mata yang berjaga di malam hari kerana membaca kitab Allah dan mata berjaga-jaga membela agama Allah

Rasulullah SAW bersabda: ‘‘Ya Allah anugerahilah kepada kami dua mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata

Diriwayat dalam hadis ‘‘barang siapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan ar matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat’’

Sa’ ad bin abi waqqaas berkata beliau mendengar Rasulullah bersabda ‘‘ menangis lah apabila kamu tidak mampu menagis maka berpura-puralah untuk menangis ’’(Riwayat Ibnu Majah)  



MENANGISLAH AKAN KEKHILAFAN DAHULU MENGINGATI AKAN DOSA-DOSA SILAM