PERLAKUAN BAIK CERMIN ISLAM
Ali bin Rabi ’ah berkata
saya nampak Ali bin Abu Talib ketika beliau diberi haiwan kenaikan untuk
dinaiki dan sejurus meletakkan kakinya di atas kenderaan itu beliau membaca bismillah(dengan
nama Allah) dan ketika sudah duduk
diatas haiwan itu beliau membaca , ‘‘segala puji bagi Allah yang menjadikan
haiwan ini kenderaan dan kami tidak dapat menaikinya melainkan dengan
prtolongan Allah. Sesungguhnya kami kembali kepada Allah, kemudian beliau
berkata lagi yang maksudnya ‘‘semua pujian bagi Allah’’ sebanyak 3 kali
kemudian beliau berkata ‘‘Allah Akbar’’ yang maksudnya Allah maha besar
sebanyak 3 kali
Kemudian beliau berkata ‘‘maha suci Allah sesungguhnya aku
menganiayai diriku sendiri ampunilah aku ,sesungguhnya hanya engkau yang dapat memberi keampunan
Selepas mengucap semua itu, ali ketawa beliau ditanya ,
‘‘Wahai pemimpin umat islam mengapa tuan ketawa beliau menjawab saya melihat
Nabi Muhammad melakukan apa yang saya lakukan tadi lalu beliau dan saya ketawa
. saya bertanya; Wahai persuruh Allah mengapa tuan ketawa ?
Lalu Nabi Muhammad menjawab ‘‘sesungguhnya Tuhanmu yang maha
suci suka apabila hamba-NYA yang mengucapkan
‘‘ampunilah dosa–dosa ku. Tuhan menyambut : orang ini mengetahui memang tidak
ada yang berkuasa mengampuni dosanya melainkan Aku’’(Abu daud dan Tarmizi )
Abdullah bin sarjis berkata ‘‘apabila Nabi Muhammad
melakukan perjalanan , baginda memohon perlindungan
Allah daripada kesusahan perjalanan daripada kesedihan keadaan ketika pulang dan daripada adanya kekurangan
selepas ada kelebihan dan daripada doa pihak yang dianiaya dan daripada keadaan
buruk yang menimpa keluarga dan harta .’’(Hadis Muslim)
PAHALA ITU MUDAH UNTUK KITA DAPAT TAPI KENAPA DOSA JUGA YANG
KITA BUAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan