ANAK ANUGERAH ALLAH
Sudah menjadi impian setiap keluarga meninginkan anak
menyerikan bagi institusi rumah tangga . Itu sudah menjadi satu keinginan
semulajadi yang Allah ciptakan dalam sudut hati setiap manusia
Firman Allah yang bermaksud: ‘‘dihiaskan (dan
dijadikan indah)kepada manusia kesukaan kepada benda yang diinginkan oleh nafsu
ialah perempuan dan anak pinak dan harta benda yang banyak berpikul-pikul
daripada emas dan perak , kuda peliharaan yang bertanda dan terlatih dan
ternakan serta kebun,semuanya ialah kesenangan hidup di dunia ’’(surah ali
imran)
Firman-Nya yang bermaksud: ‘‘sesungguhnya kami telah
menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya(dan berkelengkapan sesuai
degan keadaannya), ’’(surah al-tin ayat 4)
Anak merupakan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada
setiap ibu bapa, anak juga merupakan ujian Allah kepada ibu bapa.
Firman Allah yang bermaksud: ‘‘ dan ketahuilah bahawa
harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi
Allah jugalah pahala yang besar.’’(surah
al-anfal ayat 28)
Ibu bapa umpama berus yang mencorak hidup anak –anak.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘‘setiap
dripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang
yang dibawah pimpinan kamu: seorang pemerintah adalah pemimpin dan
dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya seorang lelaki adalah pemimpinkepada
anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya
: seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan dipertanggungjawabkan
terhadap anak-anaknya dan pimpinannya dan khadam adalah diamanahkan terhadap
harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah
amanahnya: ‘‘(hadis riwayat bukhari)
PEMBERIAN TERINDAH DARIMU
YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan