Jumaat, 16 Januari 2015

Mencari ilmu

MENCARI ILMU   

Islam mengalakkan umatnya mencari ilmu pengetahuan bagi memandu ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat, semua cita-cita sia-sia tanpa ilmu

Saidina Ali menyatakan: ‘‘Sesiapa mengimpikan kehidupan di dunia , maka dia perlu berilmu . sesiapa yang mengimpikan kehidupan akhirat , maka dia perlu berilmu. Jika kita mengimpikan kedua-duanya maka kedua-duanya perlukan ilmu pengetahuan’’

Rasulullah bersabda bermaksud: ‘‘jadilah orang berilmu ,mempelajari ilmu ,mendengar didalam majlis ilmu atau orang yang cintakan ilmu. Janganlah kamu menjadi orang yang kelima (tidak termasuk golongan di atas)kerana ia akan membinasakan kamu ,’’(hadis riwayat tabrani)  

Berdamping dengan orang berilmu adalah satu faktor untuk menambah ilmu pengetahuan kerana merekalah yang akan membimbing serta peringatan di saat kita terlupa seperti kata-kata pujangga ‘‘sebaik-baik sahabat ialah mereka yang mengingati kita di kala kita dalam kealpaan dan seburuk-buruk sahabat ialah mereka yang mendiamkan ketika kita kita memerlukan’’

Firman  Allah yang bermaksud: ‘‘Allah akan meninggikan martabat orang yang beriman dan berilmu di antara kamu dengan beberapa darjat’’(surah al-mujadalah, ayat 11)   

Firman Allah yang bermaksud: ‘‘katakanlah (wahai muhammad)adakah kamu sama orang berilmu dengan orang jahil? Hanya mereka berakal sahaja dapat menerima pelajaran’’(surah az-zumar ayat 9)

Kata kata imam Syafie: ‘‘wahai saudaraku kamu tidak akan mendapat ilmu kecuali kamu memiliki enam perkara iaitu kepintaran , keinginan, kesungguhan ,kerendahan diri, menghormati guru dan  memerlukan masa yang panjang’’

Ilmu yang dipelajari mestilah disusuli dengan amalan serta perlaksanaan baik kerana kata tanpa amalan akan mengundang kebencian Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud: ‘‘wahai orang yang beriman kenapa kamu berkata sesuatu yang kamu tidak lakukan , sangat dibenci Allah jika kamu tidak amalkan apa yang kamu perkatakan , ’’(surah as-saff ayat  2-3)  


ILMU PENYULUH HATI BIAR BUTA MATA JANGAN BUTA HATI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan