Selasa, 13 Januari 2015

amalan zikir

AMALAN ZIKIR 
    
Abu hurairah melaporkan ‘‘pada suatu hari beberapa sahabat Nabi Muhammad yang miskin dan berasal dari mekah berkata kepada utusan Allah itu Wahai Rasulullah,orang kaya berpeluang mati dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi dan mendapat nikmat yang kekal di syurga .’’ 

Nabi muhammad bertanya : ‘‘ Mengapa saudara berkata begitu ? mereka menjawab; mereka sembahyang mereka berpuasa macam kami,mereka juga dapat bersedekah ,sedangkan kami tidak mampu bersedekah, mereka juga dapat membebaskan hamba-hamba sedangkan kami tidak.

Nabi Muhammad menjawab: ‘‘Mahukah saudara  semua jika saya terangkan satu amalan yang membolehkan saudara dapat mendahului orang selepas saudara? Tiada ada sesiapa dapat mengalahkan kedudukan saudara itu kecuali mereka yang mengamalkan apa yang saudara amalkan. Sahabat menjawab : mahu wahai Rasullullah .kata Nabi Muhammad : Bacalah Subhanallah 30 kali Alhamdulillah 30 kali dan Allahuakbar 30 kali apabila selesai sembahyang.


Tidak lama selepas itu mereka datang semula berjumpa Rasulullah dan berkata, ‘‘orang kaya itu sudah mengetahui apa yang kita amalkan , jadi mereka melakukan apa yang kami lakukan . 

Nabi muhammad menjawab: ‘‘Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa saja yang dipilih-Nya , ’’(riwayat bukhari dan muslim) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan