Selasa, 10 November 2015

surah al-A'araf ayat 96

Allah Berfirman "Dan (Tuhan berfirman lagi) sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu prngurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (rasul kami) lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahajan (surah al-A'araf ayat 96)

Jumaat, 6 November 2015

surah al-Talaq ayat 3

Firman Allah yang bermaksud " sesiapa yang mrnyerahkan diri (tawakal) kepada Allah maka Allah akan mencukupkannya (memeliharanya)" (surah al-Talaq ayat 3)

surah Al-Baqarah ayat155

firman Allah SWT yang bermaksud "Dan sesungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (surah Al-Baqarah ayat155)

Hadis riwayat Imam Tarmizi

sabda Rasulullah SAW bermaksud "barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa ramadhan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya" (Hadis riwayat Imam Tarmizi)

Riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah SAW bersabda "setiap anggota badan manusia bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, setiap langkah berjalan berjalan untuk solat adalah sedekah dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah SAW bersabda "Bukanlah kaya itu kerana banyaknya harta sebaliknya kekayaan yang sebenarnya itu ialah kaya hati (Riwayat Bukhari dan Muslim)

surah al-Baqarah ayat 3

Allah berfirman yang bermaksud "(orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan solat, dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka" (surah al-Baqarah ayat 3)

surah An- Nahl, ayat 18

Firman Allah SWT. "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha mengasihani" (surah An- Nahl, ayat 18)

Isnin, 2 November 2015

surah ar- Rum ayat 21

firman Allah yang bermaksud
"Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup supaya kamu mendapatkan ketenangan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan kamu berdua mawaddah dan rahmah"
(surah ar- Rum ayat 21)